Sunday, 16 December 2012

Majlis Perkahwinan Maria Elena Dan Asfirdaus

Siapa yang tak kenal dengan blogger dan vlogger terkenal Maria Elena ni? Bagi yang jarang duduk di depan komputer menghadap facebook, youtube, blog, twitter dan sebagainya lagi, mungkin mereka tidak begitu mengenali Maria Elena. Tetapi bagi sesiapa yang kaki online, 24 jam asyik duk hadap komputer je kerjanya, haa..memang dah sah-sah la kenal dengan Maria Elena ni kan?

Kelmarin 15 Disember 2012, Maria Elena telah mengupload gambar perkahwinan beliau dengan pasangannya, Asfirdaus, di fanpage facebook beliau, Maria Elena Is Greek Helen.

Tak sangka akak Maria Elena yang cun melecun ni dah pun mendirikan rumah tangga. Husna sangat-sangat lah minat dengan akak Maria Elena ni sebab beliau seorang yang sporting, cantik, baik dan tak mudah melatah apabila dikutuk oleh haters beliau di youtube.

Jom tengok gambar-gambar perkahwinan beliau yang Husna ambik kat fanpage facebook beliau. Tak pe kan kak? Hehehe.






Ok. Setakat tu je lah ye Husna letak. Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar perkahwinan Maria Elena, boleh lah pegi ke fanpage facebook beliau Maria Elena Is Greek Helen. Nak tengok blog beliau? Boleh ke peliks.blogspot.com. Semoga kak Maria Elena bahagia hingga ke akhir hayat. Amin. Tahniah kak Maria Elena! :)


Husnaalyas

SUKA? TINGGALKAN KOMEN. HUSNA AKAN KOMEN POST KORANG BALIK. :)

Thursday, 6 December 2012

KAWAII GIVEAWAY



Ok. Tadi sebenarnya Husna ingat nak buat entri pasal tutorial letak url blog kat profile. Tapi bila Husna tengok kat shoutbox, ada pengunjung, namanya mimie ajak Husna join GA yang dia buat. 

Husna jadi tertarik kerana hadiah-hadiah yang dia sediakan semua kawai-kawai youu~ Dan syarat-syarat untuk join GA dia pun tak ada lah susah sangat. Dan hadiah yang dia sediakan banyak sangat. Dalam 50 lebih. Wahhh!

Jadi Husna nak ajak kepada semua yang baca entri ni, untuk sama-sama kita pakat serbu GA mimie dan isha ni. Mana tahu ada rezeki dapat la kita hadiah yang kawai-kawai tu. Hehe. Best best!

Nak join? Sila klik BANNER kat atas tu. Nak tengok senarai hadiah? Klik SINI.

Husnaalyas

SUKA? TINGGALKAN KOMEN. HUSNA AKAN KOMEN POST KORANG BALIK. :)

 

All Right Reserved | Copyright 2013 © Husna Alias. Designed by Izyanyancinnamon