Sunday, 10 February 2013

Lulus Ujian Memandu

Husna lulus ujian memandu dengan hanya 1 kali test?
Apa yang menyebabkan Husna senang sangat lulus ujian memandu ni?

Dah lama Husna ambik ujian memandu ni. Masa umur Husna 18 tahun. Sekarang Husna dah mencecah 20 tahun. 25 tahun nanti nak kahwin dah. Hihi.

Husna lulus ujian memandu ni dengan hanya 1 kali test kerana...
awal-awal lagi Husna dah set minded Husna...
"Aku kena lulus ujian memandu ni tanpa perlu repeat! Aku tak nak susahkan mak ayah aku lagi. Tak nak buat mereka kecewa. Tak nak buat mereka sedih. Aku nak buat mereka berasa bangga dengan aku.".

Husna bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Yuran nak buat lesen ni pulak beribu-ribu. Kalau kena repeat, kena bayar RM90 untuk Terengganu. Mahal kan? Sebab tu lah bila tiba test, Husna buat sebaik mungkin. Fokus betul-betul. 
Dan hasilnya, Husna lulus dengan ada 2 kesalahan. Hehe.

Bila balik rumah, family semua tanya lulus ke tak ujian memandu, bila Husna cakap lulus, semua orang macam tak percaya.

Jadi pada sape-sape yang gagal ujian memandu tu, janganlah cepat putus asa.
Korang cuma perlu set minded korang, fokus betul-betul masa test dan penting korang perlu hafal setiap step yang korang belajar.


SUKA? TINGGALKAN KOMEN. HUSNA AKAN KOMEN POST KORANG BALIK. :)

6 orang baek hati:

Cik Aishah said...

Tahniah husna..:D

♥WanieyZuki♥ said...

congrate husna!.. wani lambat lagi.. :P hehehehh

Pengetua Speaker Sekolah said...

tahniah2..sye dulu kena repeat skali..hehe

pqahhh. said...

tahniah kak husna . lama tak baca entry kak husna :)

seribupilihan said...

dah dpt lesen lega hati kan..:-)

Faris Rusli said...

2 mknenye xde yg mustahil dlm dunia nie..azam yg kuat diperlukan untuk mengapai kejayaan..bljrlah sngguh2..

 

All Right Reserved | Copyright 2013 © Husna Alias. Designed by Izyanyancinnamon